Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari mendedahkan diberi sebatang rokok dan air teh oleh tiga lelaki termasuk seorang artis yang menyebabkannya mengalami pening yang teruk dan tidak sedarkan diri.Dia hanya sedar apabila dikejutkan seorang pegawai di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.Farid berkata demikian selepas menjawab soalan peguam mewakilinya, Datuk Amirul Ridzuan Hanif pada hari pertama prosiding bela diri di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisyam di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Abdul Salim bersambung pada 23 dan 24 September nanti.Pada 16 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad dan Konstabel Mohd Nizam Jamaluddin .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini