Susulan peningkatan kes COVID-19 di Melaka. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali memaklumkan program-program rasmi Kerajaan Negeri tetap berjalan seperti biasa sehingga terdapat ketetapan baharu daripada Jawatankuasa Khas COVID-19.

Tiada keperluan untuk pelaksanaan Bekerja Dari Rumah dan penjawat awam di negeri itu akan datang bekerja seperti biasa. Sidang DUN yang bakal bersidang pada 28 Februari hingga 3 Mac ini juga akan berjalan seperti biasa.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini