New York mengesyorkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam tertutup. Ia susulan peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti dan tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin meningkat.

Bagaimanapun, Datuk Bandar New York Eric Adams beri jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap tinggi amaran COVID-19.

Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental New York menggesa penduduk untuk menggunakan pelitup muka berkualiti tinggi apabila berada di dalam bangunan dan di tempat awam.

Nasihat itu khusus kepada individu berisiko tinggi mendapat gejala teruk dan kematian iaitu mereka yang berumur 65 tahun ke atas atau yang tidak mendapatkan vaksin.            

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini