Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin memaklumkan peningkatan nilai eksport sektor agrikomoditi bagi dua bulan berturut-turut merupakan pencapaian kementerianya bagi 100 hari.
 
Tambah beliau, peningkatan 148 peratus iaitu RM154.6 billion pada September tahun ini manakala 143 peratus iaitu RM171.7 billion bagi Oktober tahun yang sama.

Beliau turut optimis nilai eksport sektor berkenaan bagi bulan ini mampu mencapai sehingga RM180 billion.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak pameran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuditi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini