Terengganu memandang serius isu penipuan dalam talian berkaitan perkhidmatan inap desa di negeri itu.

Aktiviti berkenaan dikesan berleluasa memperdayakan orang ramai menerusi media sosial terutama di Facebook.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri,  Ariffin Deraman berkata, perbuatan itu boleh menjejaskan sektor pelancongan negara jika tiada tindakan diambil untuk menanganinya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Budaya Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini