Bermula Januari lalu, 168 individu dipercayai terlibat sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian ditahan. Penahanan dibuat susulan 255 laporan berhubung penipuan tersebut dengan anggaran kerugian sebanyak RM4.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan mangsa dari negara jiran dengan gaji lumayan antara RM200 hingga RM300 sehari.

Modus operandi melibatkan aplikasi WhatsApp dan laman sosial seperti Instagram dan Facebook bagi menawarkan jawatan menjadi ejen syarikat membeli barangan di platform e-dagang. Suspek terdiri daripada 38 wanita, 118 lelaki tempatan, 11 warga China dan seorang wanita Thailand, masing-masing ditahan di Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini