Koperasi-koperasi disaran berunding dengan peminjam secara berhemah bagi membolehkan penjadualan semula pembayaran.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad Angkasa Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah berkata jumlah keseluruhan pinjaman koperasi yang tertunggak adalah RM3.4 bilion melibatkan 3,149 akaun dari 419 koperasi kredit.

Untuk itu, pihaknya menyasarkan kutipan balik 10 peratus setahun.

Ada dalam kalangan peminjam gagal melunaskan pembayaran melebihi 10 tahun.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Menandatangi Perjanjian Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit Angkasa ACCRS bersama wakil-wakil koperasi di seluruh negara di Petaling Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini