Penjaga dan pelawat dibenar melawat pesakit di semua kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), berkuat kuasa serta-merta.

Kelonggaran bagaimanapun tertakluk kepada beberapa kategori pesakit.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya berkata, kemudahan itu dilaksana selepas mengambil kira rintihan rakyat mengenai dasar lawatan bagi penjaga dan pelawat di hospital.

Antara permintaan paling tinggi diterima melibatkan pesakit yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan penjagaan, pesakit tenat, kurang upaya, warga emas, individu yang memerlukan bantuan komunikasi, pesakit kanak-kanak dan ibu dalam proses bersalin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini