Seorang penjaga stor didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru  atas empat pertuduhan mencabul dan kesalahan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan dan seorang wanita lain.

Bagaimanapun, tertuduh, Ibnu Azim Azmi, 30 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak  perempuan 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Suria 86, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang,  23 Mei lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika didapati bersalah.

Sementara itu, di mahkamah Majistret, tertuduh juga mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Nurmadiana Mamat atas kesalahan mencabul kehormatan  rakan sekerjanya di sebuah pasaraya di Pasir Gudang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin .

Kes disebut semula 12 Julai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini