80 permohonan fasa satu PENJANA KPT CAP @ State Johor telah diterima daripada lepasan diploma dan ijazah Institusi Pengajian Tinggi serta Universiti Awam di Johor.

Kumpulan pertama permohonan diterima melibatkan bekal pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Menerusi program itu, mereka berpeluang menceburi sektor halal dan perkhidmatan makanan.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang berkata, peserta diberi kursus oleh tenaga pakar dan akan diserap menjalani latihan sambil bekerja bagi mengasah kemahiran.

Program terbuka kepada graduan berusia 19 tahun ke atas yang lahir atau
bermastautin di Johor. Elaun disediakan sepanjang kursus antara lapan hingga 15 bulan. Mazlan ditemui selepas melancarkan program tersebut di Johor Bahru. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini