Selaras pengumuman Hari Batik Malaysia yang disambut setiap 3 Disember.

Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan digalakkan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis termasuk bagi menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan pelawat asing.

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang diedarkan semalam dan ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu  tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu.

Dasar baharu itu juga tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

Pemakaian peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Ketetapan baharu itu meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini