Penjawat awam yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 diingatkan supaya melengkapkan status vaksinasi sebelum Isnin depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata ia adalah tanggungjawab penjawat awam untuk memberi komitmen sepenuhnya ke arah memulihkan semula krisis akibat COVID-19 demi memacu Keluarga Malaysia ke arah negara maju.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021, pegawai yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Tan Sri Mohd Khairul Adib berkata demikian dalam persidangan psikologi perkhidmatan awam yang diadakan menerusi facebook.

Beliau turut melancarkan Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik lima tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini