Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menasihat penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya lebih berwaspada dengan tawaran pinjaman mudah. Ini kerana, terdapat kes penyamaran ejen Angkasa bagi memperdaya penjawat awam dan kakitangan GLC mendapatkan pinjaman mudah. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, taktik digunakan adalah dengan menampal iklan tawaran pinjaman mudah melalui skim pemotongan gaji kononnya daripada koperasi tertentu. Justeru penjawat awam atau kakitangan GLC perlu menyemak terlebih dahulu status syarikat terbabit, sama ada mewakili koperasi seperti didakwa atau tidak bagi mengelak ditipu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini