Penjawat awam yang enggan mengambil vaksin tanpa sebarang alasan kesihatan harus berlaku adil terhadap mereka yang sudah berbuat demikian. Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata ia berikutan individu yang telah divaksin juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang penyakit.

Jelasnya, tindakan tatatertib atau penamatan perkhidmatan yang berkuatkuasa hari ini adalah bagi memastikan persekitaran sekeliling selamat disamping mengekalkan tahap produktiviti penjawat awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini