Sebanyak 98.8 peratus penjawat awam di Negeri Sembilan selesai menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata terdapat 36 orang daripada 6,618 penjawat awam masih enggan divaksin dan mereka digesa supaya segera menerima suntikan tersebut sebelum kerajaan negeri mengambil tindakan tatatertib.

Jelas beliau, 13 daripadanya mendakwa tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan. Justeru, mereka diminta mendapatkan pengesahan daripada doktor sama ada benar-benar tidak boleh divaksin atau sebaliknya.

Aminuddin berkata kerajaan negeri berharap golongan berkenaan segera mengambil suntikan itu demi memudahkan urusan masing-masing sekali gus memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini