Penjawat awam perlu bebas daripada terikat dengan mana-mana parti termasuk parti yang sedang memerintah kerajaan ketika ini. Jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka perlu menjalankan tugas dengan berkecuali. Bagaimanapun, penjawat awam perlu memahami bahawa mereka perlu akur terhadap tindakan dan dasar dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh parti pemerintah bagi memastikan pentadbiran negara diteruskan dengan baik. Beliau menyampaikan ucaptama pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini