Berita baik untuk penjawat awam Selangor.

Mereka bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji yang akan dibayar pada 29 Disember 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK Pertama selama satu setengah bulan gaji dengan minimum RM1,000 telah disalurkan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2021.

Manakala BKK Kedua iaitu satu bulan gaji dengan kadar mininum RM1,000 akan dibayar pada 29 Disember depan.

Beliau memberitahu demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini