Seorang penjawat awam berusia 56 tahun ditahan kerana melepaskan tembakan ke arah pengunjung sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Selangor, malam tadi.

Dalam kejadian 8.45 malam semalam, tembakan suspek lelaki berkenaan mengenai seorang pelanggan lelaki berusia 56 tahun.

Siasatan awal mendapati, suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Mangsa yang mengalami kecederaan di belakang badan dan lengan kiri dibawa ke Hospital Serdang kini berada dalam keadaan stabil.

Senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini