Penjelasan berhubung pelaksanaan teknologi Generasi Kelima (5G) perlu diberikan pihak bertanggungjawab, bagi menepis dakwaan berlaku ketidak telusan dalam proses tendernya.

Bagi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, persoalan utama yang perlu dijawab ialah, mengapa wujud monopoli dalam penyediaan perkhidmatan 5G di negara ini.

Datuk Zahidi menyatakan perkara itu dalam sidang media di Parlimen, susulan isu Digital Nasional Berhad (DNB) yang terus dibangkitkan ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini