Kerajaan tidak bercadang menjenamakan Sabah dan Sarawak, sebagai Tanah Besar Malaysia, buat masa ini. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, istilah sedia ada dalam perundangan telah memadai.

Selain Semenanjung Malaysia, dan Persekutuan Malaysia, di bawah Seksyen 3, Akta Tafsiran 1948 dan 1967, Sabah dan Sarawak dirujuk sebagai Malaysia Timur.

Ketika menjawab pertanyaan wakil Tuaran, beliau memaklumkan, cadangan penjenamaan Sabah dan Sarawak kepada ‘Tanah Besar Malaysia, tidak akan menambah atau menolak keistimewaan mana-mana negeri. 
 
Malah, cadangan pindaan Perkara 1(2) seperti diperuntukkan dalam RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021, sekiranya diluluskan, bakal memperuntukkan kembali istilah Negeri-Negeri Borneo, merujuk kepada Sabah dan Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini