Penjenamaan semula Facebook bukan perubahan istimewa  selepas syarikat itu mengumumkan pertukaran nama syarikat induknya kepada Meta.

Pengkritik menyifatkan tindakan tersebut bukan satu kejutan sebaliknya usaha Facebook itu bagi mengalih perhatian ramai terhadap isu sebenar yang membelenggu syarikat berkenaan.

Pengkritik syarikat itu yang dikenali Lembaga Pengawasan Facebook beranggapan penjenamaan semula tersebut tidak membawa erti besar selain menyifatkan platform itu perosak demokrasi, penyebar maklumat tidak benar dan kebencian.

Sebelum ini, gergasi laman media sosial itu  terpalit krisis yang paling serius sejak bekas pekerja, Frances Haugen membocorkan maklumat kajian dalaman yang menunjukkan potensi laman web mereka untuk kemudaratan.

Sementara itu, seorang penganalisis jenama dan pemasaran yang berpangkalan di California, David Aaker berkata, penjenaamaan semula Facebook disifatkan sekadar satu usaha seperti menukar perbualan tanpa menangani isu-isu sebenar.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dalam kenyataannya memberitahu, penjenamaan semula itu masih mengekalkan misi menyatukan orang ramai dan perubahan nama tidak melibatkan perubahan sebarang aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini