Di Ipoh, sekumpulan penjenayah terkejut diacukan senapang patah oleh pengawal keselamatan sebuah kedai emas di Jalan Lapangan Terbang Off Jalan Sultan Nazrin Shah, sebelum melarikan diri dan gagal menyamun premis itu, semalam.Kumpulan penyamun yang bertopeng dan bersenjatakan pistol itu dipercayai membabitkan lebih dua suspek serta menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, dua penjenayah terbabit masuk ke dalam kedai emas dengan seorang daripadanya melepaskan empat das tembakan ke dinding premis berkenaan.Sejurus penjenayah terbabit melepaskan tembakan, pengawal keselamatan berusia 40-an mengacukan senapang terhadap kedua-dua suspek menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri.Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini