Di Kuala Terengganu, seorang penolong jurutera dan seorang penolong jurukur bahan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa. Mereka dipercayai bersuhabat menggunakan jawatan bagi mendapatkan kerja di jabatan untuk syarikat isteri menggunakan nama syarikat pihak ketiga. Perbuatan itu dipercayai dilakukan antara 2015 sehingga 2018. Penolong jurutera berusia 40 tahun ditahan di kediamannya di Kuala Terengganu. Manakala rakannya berumur 38 tahun ditahan di pejabat SPRM negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini