Seorang penoreh getah dan seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 89.7 kilogram. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 sebatan. Kedua-dua tertuduh dibenar diikat jamin. Sebutan semula kes, 11 Julai.
Utama Edisi Semasa