Penstrukturan semula pembayaran skim elaun bagi atlet adalah disebabkan oleh peruntukkan kewangan yang terhad daripada kerajaan.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia menyebabkan kementerian perlu menyesuaikan perbelanjaan mengikut peruntukan yang diterima. 

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya akan menyemak senarai atlet yang hanya bergantung kepada elaun berkenaan.

Selain peruntukan kewangan katanya, pengguguran tersebut juga adalah disebabkan tamatnya kontrak atlet-atlet berkenaan.

Dalam masa sama, jelasnya KBS tidak terlibat secara langsung terhadap pengguguran 144 atlet daripada Program Podium.

Sebaliknya perkara itu ditentukan oleh persatuan sukan yang diwakili atlet-atlet tersebut.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun di Tambun, Ipoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini