Pentadbiran Presiden Joe Biden menghadapi tekanan yang semakin meningkat. Ia susulan laporan bahawa beratus-ratus orang, termasuk warganegara Amerika ditahan selama seminggu di utara Afghanistan. Pengasas dan pengarah eksekutif sebuah badan bukan kerajaan, Marina LeGree berkata, kira-kira 600 hingga 1,300 orang, termasuk NGO wanita, ditahan selama seminggu berhampiran lapangan terbang Mazar-i-Sharif. 

Terdahulu, Wakil Republikan, Michael McCaul berkata, enam pesawat sedang menunggu di lapangan terbang untuk memindahkan kumpulan NGO berkenaan. Beliau mendakwa Taliban telah membuat beberapa tuntutan.  Warga Amerika tidak dibenarkan keluar sehingga Taliban mendapat pengiktirafan penuh. Namun LeGree menolak dakwaan untuk situasi tersebut.                   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini