Pentadbiran Israel bertelagah berhubung jangkitan Covid-19.

Menteri Kesihatannya; Nitzan Horowitz menyanggah kenyataan Perdana Menteri; Naftali Bennett yang menjangkakan jangkitan baru di negara haram itu dijangka mencecah puluhan ribu sehari.

Sebaliknya, Horowitz mendakwa kadar jangkitan adalah terkawal. Menurut Horowitz ramalan untuk jumlah jangkitan tidak setinggi dinyatakan Perdana menteri.

Kenyataan sedemikian hanya akan mengudnang panik dan ia tidak membantu keadaan.

Kementerian Kesihatan menegaskan tidak bercadang untuk mengesyorkan agar perintah berkurung atau sekatan ketat dilaksana.

Kenyataan itu bagaimanapun dikritik pemerhati yang tidak berpuas hati dengan pengendalian Covid-19.

Mereka berpandangan jumlah jangkitan sebenar adalah lebih tinggi dariapda dilaporkan memandangkan kadar ujian saringan semasa adalah rendah.

Bennet ketika melancarkan dos vaksin keempat buat warga emas pada Ahad mendakwa kadar jangkitan di Israel dijangka mencecah sehingga 50,000 kes sehari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini