Negeri Sembilan merekodkan pengeluaran hasil ternakan bernilai RM1.04 bilion tahun lalu dan masih mampu meningkatkan jumlah itu pada tahun akan datang sekiranya penternak mula mengaplikasi teknik AI.

Justeru, penternak di Negeri Sembilan disaran menggunakan teknik tersebut terhadap ternakan mereka bagi memperbanyak baka baharu yang lebih berkualiti.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, teknologi AI mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan kepada penternak, sekali gus meningkatkan sektor penternakan di Negeri Sembilan berbanding kaedah pembiakan secara tradisional yang digunakan ketika ini.

Teknik AI adalah memasukkan benih jantan baka elit ke dalam saluran pembiakan lembu betina secara manual tanpa pengawanan semula jadi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini