Kesediaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membentangkan cadangan dan gerak kerja penubuhan Jawatankuasa Kabinet Melindungi Golongan Rentan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri merupakan inisiatif terbaik dan wajar.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata dengan adanya jawatankuasa berkenaan ia membolehkan gerak kerja lebih tersusun.

Langkah itu juga memastikan kebajikan golongan tersebut daripada dimanipulasi dan dianiayai dalam pelbagai bentuk.

Namun, bagi memastikan pelaksanaannya  berjaya dan berkesan, ia memerlukan kerjasama semua pihak agar golongan terbabit terus terbela.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini