Penubuhan Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia Berhad (BR 2.0) memberi peluang kepada rakyat khususnya golongan B40 dan M40 memilikI saham.

Inisiatif menggalakkan golongan itu terlibat aktiviti pelaburan sekaligus memberi pulangan baik kepada mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya akan melantik konsultan agar pelaksanaan BR 2.0 mencapai matlamatnya.

Tan Sri Noh ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-36 Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional.

Semalam, kabinet meluluskan BR 2.0 bermatlamat memberi peluang kepada keluarga Malaysia melabur dan memiliki saham koperasi.