“Sovereign Wealth Fund” bagi mengukuhkan kewangan masa hadapan Sarawak adalah antara manifesto yang disenaraikan oleh Gabungan Parti Sarawak, GPS.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian penubuhan itu dilakukan dengan pembabitan pakar antarabangsa.

Tan Sri Abang Johari berkata penubuhan dana berkenaan mungkin menggunakan kaedah pemaksimuman modal.

Beliau melancarkan 34 Manifesto GPS di Kuching malam tadi.

Antaranya termasuk menjamin kestabilan dan  autonomi Sarawak, menjamin Hak Kesaksamaan yang inklusif untuk semua rakyat Sarawak, mempertahan dan membela Hak-Hak Sarawak Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan Negeri Sarawak dan Undang-Undang Negeri Sarawak, selain menjadikan Sarawak Maju dan Berpendapatan Tinggi Menjelang 2030.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini