Kerajaan memperuntuk dana sebanyak RM5 juta bagi membantu golongan mahasiswa yang memerlukan menerusi Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, penubuhan yayasan itu bukti keprihatinan kerajaan seperti terkandung dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Tambahnya, inisiatif tersebut juga adalah seiring dengan prinsip kerajaan yang sentiasa memastikan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang akan tercicir atau dipinggirkan.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran yayasan tersebut secara maya di Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini