Kerajaan sedang menunggu laporan terperinci daripada jawatankuasa protem bagi membuat keputusan berhubung isu penutupan sesi persekolahan secara bersemuka.

Ia susulan peningkatan angka jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah kebelakangan ini.

Jelas Perdana Menteri, laporan berkenaan akan diperoleh selepas jawatankuasa tersebut mendengar pembentangan daripada pihak Kementerian Pendidikan.


Media sebelum ini melaporkan, ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa dan di luar waktu persekolahan formal terutama ketika di asrama antara faktor peningkatan kluster institusi pendidikan.
 
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan, faktor lain dikenal pasti adalah amalan pemakaian pelitup muka semasa berada di asrama belum di tahap optimum.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini