Penularan jangkitan Influenza-Like-Illness, ILI di institusi pendidikan di Selangor, terutama sekolah berasrama meningkat sedikit dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, situasi jangkitan masih terkawal dan pemantauan menyeluruh akan terus dilaksana.

Peningkatan kes ILI di institusi pendidikan, antara lain disebabkan kurangnya amalan kebersihan kendiri dan penekanan kepada aktiviti ‘gate keeping’pengesanan, pengawalan dan perawatan awal di sekolah-sekolah.

Juga, berpunca daripada pertambahan aktiviti secara berkumpulan dan sentuhan fizikal sesama pelajar.

Orang ramai termasuk pentadbir institusi pendidikan dan pusat-pusat jagaan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini