Ketika kes varian Omicron terus meningkat dan menular ke 54 wilayah di Thailand, Kementerian Kesihatan Awam negara itu menggesa orang ramai mendapatkan suntikan penggalak bagi membendung penularan wabak itu.

Sehingga kini, Thailand merekodkan 2,062 kes membabitkan varian Omicron.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Suakit Sirilak berkata, Bangkok mendahului senarai dengan jumlah kes Omicron tertinggi iaitu 585, termasuk tujuh jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,105 kes melibatkan warga asing manakala selebihnya melibatkan individu yang pernah berada dekat dengan golongan berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, varian Delta masih dominan dan menyumbang kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan kes, manakala selebihnya melibatkan varian Omicron.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong menggesa golongan rentan dan berisiko tampil mendapatkan suntikan ketiga.

Pihaknya juga akan mengadakan perbincangan keperluan suntikan dos keempat kepada kakitangan perubatan, pekerja barisan hadapan dan kumpulan berisiko.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini