Kita mulakan segmen Onviral dengan sebuah video tular, iaitu insiden pergaduhan diantara seorang penumpang penerbangan dan juga seorang pramugari. Paparan video menunjukkan pramugari itu telah ditumbuk oleh penumpang wanita terbabit gara-gara menegurnya yang enggan memakai tali pinggang keselamatan dan tidak mematuhi prosedur penerbangan ketika berada dalam pesawat.

Vyvianna Quinonez dari California didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah, iaitu serangan yang mendatangkan kecederaan dan mengganggu kru kabin. Akibat pertengkaran tersebut, pramugari berkenaan dikenakan empat jahitan di bawah mata kirinya serta mengalami lebam di lengan dan tiga batang giginya rosak akibat ditumbuk. Video tersebut mendapat perhatian pelayar internet dan juga media tempatan.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini