Seorang penunggang motosikal maut membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 35.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Serating, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Iezfa Ierzunizam Ibrahim, 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada anggota badan dan muka.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan cuba memotong sebuah kenderaan. 

Bagaimanapun kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta dan sebuah van, kemudiannya merempuh motosikal mangsa.

Pemandu kereta dan pemandu van turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini