Seorang penunggang motosikal cedera parah apabila gagal mengelak sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang. Kejadian berlaku malam semalam di Jalan Titi Tampang, Padang Besar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira jam 7.27 malam. Sebuah jentera berserta kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar bergegas ke lokasi kejadian diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nur Asrin Abdul Shukri bersama 7 anggota.

Setibanya di lokasi mendapati, seorang lelaki dikenali sebagai Shahizan Abu Seman, 43 tahun dari Chuping mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk menerima rawatan lanjut. Pasukan bomba bertindak membersihkan pokok tumbang terbabit serta mengalihkan ke tempat selamat.
 
Kejadian ini yang kedua berlaku selepas seorang penunggang motosikal patah kaki, manakala pemboncengnya cedera dihempap pokok tumbang kelmarin di Jalan Beseri – Chuping, Padang Besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini