Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menjadi ahli politik ketiga paling dicari oleh pengguna internet seluruh dunia tahun ini.

Purata bulanan carian dalam talian untuk Jong Un adalah sebanyak 1.9 juta kali.

Menurut firma analisis data Jerman, Statista, jumlah carian itu meletakkan Jong Un di belakang Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Kata kunci paling dicari berkaitan dengan Jong Un adalah ‘penurunan berat badan’.

Jun lalu, Jong Un, muncul pada satu acara yang menampakkan badannya yang semakin susut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini