Tindakan kerajaan menggesa syarikat penerbangan domestik menurunkan harga tiket penerbangan memberi nafas lega khususnya rakyat Sarawak. Ini berikutan peningkatan mendadak harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak membebankan banyak pihak terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi.

Penurunan harga tiket akan memudahkan urusan golongan perantau ini terutamanya dari kalangan B40 untuk melawat keluarga mereka pada musim perayaan dan cuti nanti. Selain itu, tiket harga yang meningkat lebih 5 kali ganda itu juga menghalang mereka yang bekerja di Sarawak untuk pulang ke Semenanjung.

Semalam, kerajaan mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tiket penerbangan domestik dengan segera, tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan. Langkah itu berikutan kekecewaan orang ramai terhadap harga tambang penerbangan yang luar biasa ke Sarawak yang tinggi sehingga mencetuskan keresahan menjelang musim cuti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini