Jika semalam, kami telah membawakan laporan keadaan wad kecemasan di Hospital Sungai Buluh-HSGB yang lengang sekaligus mengurangkan beban petugas sektor kesihatan.

Di sebalik penurunan pesakit Covid-19 di hospital berkenaan, sedarkah kita perkembangan itu adalah petunjuk kejayaan negara melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beginilah situasi sebenar di Hospital Sungai Buloh, terutamanya wad kecemasan ketika saya membuat liputan 3 bulan lalu.

Doktor dan jururawat yang berpakaian PPE tidak berhenti memberikan rawatan tanpa berehat dan adakalanya tidak makan.

Namun, kini situasi agak berbeza.

Di Jabatan Kecemasan dan Trauma ini, petugas barisan hadapan menjalankan tugas secara normal.

Begitu juga dengan Jabatan Forensik, majoriti petugasnya bertugas lebih masa bagi menguruskan jumlah mayat pesakit COVID-19 yang tinggi.

Bagi Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur Prem Singh, petugas barisan hadapan akan sentiasa bersedia pada bila-bila masa walaupun kes COVID-19 berkurangan.

Malah, latihan serta kursus khas juga turut diadakan dengan mengambil pengajaran daripada pengurusan kes COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini