Penyanyi wanita popular Brazil dan pemenang Anugerah Grammy Latin, Marília Mendonça, 26 tahun maut setelah pesawat yang dinaiki untuk ke konsert terhempas pada Jumaat.

Pejabat Mendonça turut mengesahkan empat lagi penumpang turut terkorban. 

Pesawat berkenaan terhempas di lokasi berdekatan kampung halaman Mendoca yang terletak di utara Rio de Janeiro. 

Polis turut mengesahkan tragedi berkenaan tanpa memberi sebarang maklumat lanjut berhubung punca nahas. 

Mendoca terkenal dengan lagunya yang terarah kepada isu wanita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini