Seorang penyanyi rap Amerika Syarikat, Young Dolph ditembak mati ketika sedang membeli biskut di sebuah kedai di Memphis, Tennessee.

Media tempatan melaporkan suspek dipercayai menembaknya dari sebuah kereta.

Dia dilaporkan ditembak di kedai Makeda’s Homemade Butter Cookies, Memphis.

Artis kelahiran Chicago berusia 36 tahun itu popular dengan lagu seperti ‘Major’ dan album ‘Rich Slave’.

Polis menyatakan suspek yang menembak penyanyi tersebut masih belum diketahui.

Dolph hampir terbunuh sebelum ini dalam satu kejadian tembakan di Los Angeles pada tahun 2017.

Ketika itu dia hanya mengalami kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini