Seorang penyanyi wanita ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PERHILITAN, kerana memelihara seekor anak beruang matahari di kondominiumnya di ibu negara. Penyanyi itu didapati tidak memiliki dokumen sah daripada PERHILITAN bagi memelihara hidupan liar itu. Jelas Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim… pihaknya menerima maklumat daripada jiran penyanyi wanita itu. Beruang berkenaan kini dibawa ke Ibu Pejabat PERHILITAN dan siasatan sedang dilakukan untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab membekalkannya kepada penyanyi wanita tersebut. Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini