Penyelarasan dan kerjasama 14 agensi agama menjadi tugas pertama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dalam memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia. Beliau juga membuat pertemuan sulung bersama ketua-ketua agensi agama petang ini, selepas melapor diri bagi memulakan tugas secara rasmi di Kompleks Islam Putrajaya. Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat. Turut sama melapor diri timbalannya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang dilantik semula dengan portfolio yang sama.                                         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini