Semua langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan impak serta kemusnahan ditanggung akibat banjir sebagaimana dicadangkan kerajaan tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Menurut Pensyarah Kanan UiTM, Ir Ts Dr Rumaizah Mohd Nordin, langkah-langkah itu merangkumi pelbagai konsep yang turut mengambil contoh negara lain.

Beliau juga menyambut baik saranan Perdana Menteri mengenai pembinaan lebih banyak tebatan banjir dan terowong dilengkapi pengurusan banjir seperti Terowong SMART di kawasan bandar berisiko seperti di Shah Alam.

Konsep terowong SMART itu juga boleh dilaksana dengan skala lebih kecil dan juga lokasi lebih spesifik supaya dapat melaksanakan mitigasi banjir.

Mengulas mengenai modul luar negara seperti konsep ‘sponge city’ di China atau ‘river dikes’ di Belanda pula, jelas Dr Rumaizah, struktur tembok perlu diberi penekanan selain kawasan cadangan itu mestilah mampu menyerap sebanyak mungkin air sama ada air hujan ataupun aliran air di permukaan jalan.

Menurut Pakar Meteorologi Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah pula, pembangunan lestari juga boleh digunapakai dalam usaha menangani masalah banjir di kawasan luar bandar.

Semalam Perdana Menteri memaklumkan, sebaik operasi pascabanjir berakhir, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dianggotai semua Menteri Besar dan Ketua Menteri akan membincangkan isu, penyelesaian serta model bersesuaian bagi menangani bencana itu dalam skala besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini