Seorang penyelia asrama sekolah sukan mengaku tidak bersalah atas 26 pertuduhan memalsukan dokumen dan menerima wang suapan berjumlah RM636,000.

Perbuatan didakwa dilakukan dari Oktober 2015 hingga Januari 2020.

Tertuduh, Hazalilah Ahmad, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Antara pertuduhan itu, dia didakwa memalsukan dokumen bekalan makanan bermasak ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Kota Tinggi bernilai kira-kira RM504,000 dari 2016 hingga 2017.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000.

Kes disebut semula 22 Ogos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini