Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan kemalangan maut akhir bulan lepas.
 
Tertuduh, Lee Han Wee, 42 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Apandi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan dan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53 tahun.
 
Kemalangan berlaku di Jalan Limbongan, Klebang jam 12.45 pagi pada 29 November lalu.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh diwakili Peguam Wan Nurul Nurain Wan M. Razali.
 
Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

27 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini