Penyeludup dadah paling dikehendaki di Colombia, Dairo Antonio Usuga berjaya ditahan dalam satu serbuan di sempadan Panama. Beliau yang mengetuai kumpulan penyeludup dadah terbesar dikenali Gulf Clan, ditahan di sebuah pusat operasi utamanya di Necocli.

Rakaman imej didedahkan kerajaan menunjukkan individu berusia 50 tahun dikelilingi tentera dengan tangan digari. Presiden Ivan Duque, berkata penahanannya adalah kejayaan besar dan boleh dibandingkan dengan kejatuhan raja penyeludup dadah Colombia, Pablo Escobar.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menawarkan ganjaran 5 juta dolar bersamaan RM20.75 juta kepada mana-mana pemberi maklumat yang turut disifatkan sebagai individu paling ditakuti di Colombia. Otoniel pernah didakwa di AS pada 2009 dan berdepan ekstradisi ke negara berkenaan.

Baru-baru ini, kumpulan sindiketnya ditumpaskan pihak berkuasa sehingga memaksa Otoniel bersembunyi dalam hutan tanpa sebarang komunikasi. Otoniel mengambil alih Gulf Clan yang sebelum ini dikenali Usuga Clan daripada abangnya, Juan de Dios yang terbunuh dalam operasi polis pada 2012.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini