Pasangan penyewa yang tular selepas didakwa memaki hamun seorang pegawal keselamatan gara-gara menolak untuk menjaga anak mereka telah ditangkap pihak berkuasa.

Menurut kenyataan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Residensi Awani berkata, satu waran tangkap telah dikeluarkan pihak polis ke atas suspek lelaki kerana didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

Jelas kenyataan itu, waran berkenaan dikeluarkan pada 3 November lalu ke atas suspek lelaki kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti curi dan jenayah lampau.

Tambah kenyataan tersebut, pasangan penyewa terbabit kerap berpindah kediaman bagi mengelakkan diri mereka dikesan.

Pihak pengurusan juga telah memberi notis amaran kepada pemilik unit dan menamatkan kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut serta-merta.

Pihak pengurusan turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang video atau maklumat kurang tepat kerana dikhuatiri boleh menganggu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini